Kenapa suami diam?
Selalunya bukan sebab dia tak sayang. Dia dah tak larat.
Jualan belum dibuka. Berminat? Emel hello@rumahsebelah.com
Baca Bab 1 dulu, percumaRM49 · 50 tempat lagi
Satu malam biasa. Scroll ke bawah.
Satu malam biasa

Farah baru sampai. Kerja, MRT, taska, tadika.
Farah · dalam kepala:Senarai ni aku dah simpan dari pagi. Malam ni kena cakap jugak.

Razif baru 10 minit sampai. Sangkut jem sejam.
Razif · dalam kepala:Sejam dalam jem. Bagi la aku rehat kejap dulu.

Farah:Yuran tadika Danish!
Farah:Aircond bocor lagi!
Farah:Mak tanya bila balik kampung!
Farah · dalam kepala:Kalau aku tak cakap sekarang, bila lagi nak cakap?

Status Projek #4
Razif:Hmm.
Razif · dalam kepala:Aku dengar. Tapi kepala aku masih tersangkut dalam jem tadi.

Farah:You dengar ke tak?
Razif:Dengar.
Farah · dalam kepala:Aku cuma nak dia dengar sekejap je.
Razif · dalam kepala:Bagi aku 20 minit. Lepas tu baru aku boleh dengar betul-betul.

Dua-dua penat. Dua-dua rasa jauh.
Dua-dua penat. Dua-dua rasa jauh.
Jenguk rumah sebelah
Lapan malam yang you kenal
Satu rumah, satu bab. Setiap bab ada satu cerita, tiga skrip (ayat yang selalu terlepas cakap, dan cara lain nak cakap), satu latihan 10 minit, dan kotak Untuk Dia.
- No. 1
Bab 1 · percuma · Razif & FarahSuami yang 'Hilang' di Ruang Tamu - No. 2
Bab 2 · Amir & LinaSemua 50-50, Tapi Kenapa Saya Rasa Pikul Sorang? - No. 3
Bab 3 · Hakim & SofeaAbang Dah Buat Ke Belum? - No. 4
Bab 4 · Khairul & Nurul"Saya Penat, Bukan Tak Nak Abang" - No. 5
Bab 5 · Zul & AinaTak Gaduh, Tapi Makin Jauh - No. 6
Bab 6 · Razif & Farah, lima minggu lepas tuReset Tanpa Gaduh - No. 8
Bab 7 · Adib & MiraIkut Sayang La - No. 9
Bab 8 · Kamal & RosnahDengan Cucu Boleh Pulak Borak Lampiran
Distance Check
16 ayat. Jawab asing-asing, lepas tu banding. Tak ada lulus, tak ada gagal.
Malam lain
Dua kertas. Sepuluh minit. Tak ada siapa tinggi suara.

Ahad malam. Budak-budak dah tidur. Masing-masing tulis satu senarai.
Lina · dalam kepala:Biar dia nampak sendiri.

Amir:Semua ni you buat?
Amir · dalam kepala:Aku tak pernah nampak semua ni.

Amir:Start minggu ni, urusan klinik I pegang.
Lina:Semua? Termasuk ingat tarikh?
Amir:Semua.
Lina · dalam kepala:Betul ke ni?

Sabtu. Vaksin Orked. Amir yang ingat, Amir yang bawa. Kat rumah, Lina tidur sejam.
Kat rumah, Lina tidur sejam.
Dia bukan tak nak buat. Dia tak nampak, sampai semua tu tertulis depan mata.
Skrip macam ni ada tiga dalam setiap bab.
Bukan PDF je
Tiga alat, buka kat phone
Distance Check · cuba satu
"Kita borak pasal benda lain, selain budak-budak dan bil."
Ada 16 ayat macam ni. You jawab, dia jawab, lepas tu banding.
Borak Jumaat
10 minit seminggu sekali, selama empat minggu
- Minggu 1 ✓
- Minggu 2 ✓
- Minggu 3
- Minggu 4
Tanda je minggu yang dah borak. Tak ada markah, tak ada badge.
Berapa?
Satu buku, satu harga yang jujur
Dia Diam, Bukan Tak Sayang
RM49
- RM49 · 50 pembeli pertama Harga sekarang 50 tempat lagi
- RM54 · 50 pembeli seterusnya
- RM59 · Lepas 100 pembeli
Harga naik ikut bilangan pembeli, bukan ikut masa. Nombor ni dikira dari pembelian sebenar.
- PDF: 8 bab + Lampiran
- Baca terus kat phone, tak payah download
- Distance Check, buat kat phone
- Borak Jumaat: 4 minggu
- Kad skrip setiap bab
Jualan belum dibuka. Berminat? Emel hello@rumahsebelah.com
Untuk dia jugak
Buku ni tak lawan dia
Kadang-kadang yang diam tu isteri. Malam Rabu, Farah pulak yang "hilang".

Malam Rabu. Farah baru sampai. 
Razif: Hana dari tadi cari you. Esok siapa hantar Danish? 
Farah tak jawab. 
Dua-dua sampai rumah, bateri dah habis.
Untuk Dia · Bab 1
Dia bukan marah. Dia cuma nak tahu bila anda perlukan masa, dan bila anda dah sedia.
Satu ayat pun cukup: "Bagi abang 20 minit, lepas tu abang datang."
Dia pun baru balik kerja. Hari dia yang balik lambat, bagi dia 20 minit yang sama.
Hantar kat suamiBab 1 · percuma
Baca Bab 1 dulu
Kenapa dia diam lepas kerja, kenapa niat baik you kadang-kadang tak sampai, tiga skrip, dan latihan 10 minit.
Soalan biasa
Bayar macam mana?
Scan DuitNow QR guna mana-mana app bank Malaysia. Lepas kami sahkan bayaran, resit dan link log masuk sampai kat emel you.
Lepas bayar, dapat apa?
Emel resit dengan link log masuk. Dalam akaun: PDF buku (8 bab + Lampiran), Distance Check, Borak Jumaat dan kad skrip.
Boleh refund?
Tak ada refund kalau ubah fikiran, sebab ni buku digital dan you boleh muat turun terus. Sebab tu Bab 1 percuma: baca dulu. Kalau kami yang silap, contohnya you terbayar dua kali, emel hello@rumahsebelah.com, dan kami pulangkan duit yang terlebih tu. Terma penuh ada kat sini.
Kenapa harga naik?
50 pembeli pertama RM49. 50 pembeli seterusnya RM54. Lepas 100 pembeli, RM59. Harga ikut masa you tekan Beli.
Suami nampak ke emel tu?
Emel datang dari "Rumah Sebelah". Tajuk emel biasa je, tak sebut nama buku. Nama buku cuma ada dalam isi emel.
Ni kaunseling ke?
Bukan. Buku ni tak merawat dan tak buat diagnosis. Kalau diam suami berlarutan berminggu-minggu, atau you sendiri rasa makin tenggelam, jumpa kaunselor atau ahli psikologi berdaftar.
Suami boleh baca jugak?
Boleh. Setiap bab ada kotak Untuk Dia, yang kami tulis untuk suami. You boleh hantar kotak tu kat dia.
Ada hukum agama dalam buku ni?
Tak ada. Bila buku ni sebut perkataan macam nafkah, tu cara nak tengok hubungan, bukan fatwa atau hukum.